Selangor
Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Selangor terletak bersempadan dengan negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di Selatan manakala Laut Selat Melaka di bahagian barat. Ibu negeri bagi negeri Selangor adalah Shah Alam. Selangor merupakan salah satu negeri paling padat penduduk di Malaysia. Kepadatan penduduknya tinggi karena kawasan ini merupakan pusat ekonomi dan perdagangan…