Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Negeri ini terbahagi kepada 8 daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan juga Kemaman.

Terengganu terkenal dengan kegiatan ekonomi perikanan kerana populasi penduduknya yang banyak tinggal berhampiran dengan pantai. Beberapa dekad yang lalu, sumber minyak yang dijumpai di pesisir laut menjadikan negeri ini bertambah maju dan seterusnya menjadikan aktivi carigali dan pengeluaran petroleum antara penggerak ekonomi bagi negeri Terengganu.

Terengganu terkenal dengan pantai-pantainya yang indah serta pulau-pulau yang cantik untuk anda lawati. Dengan pasir yang putih serta air laut yang jernih membuatkan anda kagum dengan keindahan alam semulajadi ini. Tidak hairanlah penyu-penyu mendarat di Rantau Abang & Teluk Derdak untuk bertelur kerana pantainya yang bersih. Jadi bagi anda yang nak lihat penyu naik ke darat & bertelur, teruslah ke Rantau Abang atau ke Teluk Derdak dan saksikan sendiri pengalaman yang tidak boleh dilupakan ini.

Kalau anda yang suka menyelam dan ‘snorkeling’, jom kita ke pulau-pulau yang terdapat di Terengganu. Antara pulau yang terkenal menjadi tumpuan pelancong ke Terengganu ialah Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian. Pada musim cuti sekolah, kedua-dua Pulau ini memang akan sesak dengan kehadiran pelancong. Samaada chalet bajet ataupun hotel serta resort mewah, anda boleh pilih berdasarkan bajet anda.

Di ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, terdapat banyak mercu yang didirikan oleh kerajaan negeri bagi menarik pelancong datang ke negeri ini. Antaranya seperti Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Masjid Terapung dan terkini terdapat Jambatan Drawbridge yang menjadi tumpuan hangat pelancong untuk mengambil gambar. Bagi kaum Hawa pula, sudah tentu Pasar Payang menjadi antara destinasi wajib untuk membeli belah samaada mencari barangan kraftangan, batik terengganu, periuk belanga, rempah nasi dagang, keropok lekor, ‘souvenir’ dan macam-macam lagi.

Terengganu juga merupakan syurga makanan berasaskan seafood terutama sekali ikan. Jangan lupa untuk makan dan rasa keenakan keropok lekok, sata, pais dan ikan/udang/sotong celup tepung di gerai-gerai yang terdapat di pesisir pantai Terengganu ini sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Kalau nak makan berat sikit, makan nasi dagang yang sememangnya terkenal berasal dari negeri ini.

Jadi apa lagi, jom rancang next percutian ke negeri Terengganu Darul Iman. Nak cari hotel, sila klik di sini atau masukkan destinasi dan tarikh yang anda rancang untuk bercuti nanti di kotak di bawah. CutiJom akan bantu anda bandingkan harga hotel berkenaan

Leave a Reply