Pahang Darul Makmur

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan pula merupakan Bandar Diraja. Negeri Pahang mempunyai jumlah keluasan 35,964 km2. Terbahagi kepada 12 daerah iaitu Bentong, Bera, Cameron Highland, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub, Rompin, Temerloh & Kuala Kurau.

Negeri Pahang memang terkenal dengan keindahan flora & faunanya. Sebahagian besar daripada kawasan Taman Negara terletak di negeri Pahang ini. Dah namanya pun Taman Negara, sudah tentu di sini anda akan dapat melihat binatang-binatang yang jarang dijumpai mahupun yang terancam seperti kancil, cipan, harimau, gajah dan lain-lain.

Hutan hujan meliputi dua pertiga kawasan negeri ini. Gunung Tahan yang merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia termasuk di dalam kawasan Taman Negara. Jadi bagi pelancong yang meminati aktiviti ber’camping’ atau ‘hiking’, negeri Pahang antara negeri yang anda perlu tawan & lawati.

Bagi peminat gajah, anda memang berada di negeri yang betul. Terdapat banyak gajah di negeri ini dan atas sebab itu skuad pasukan bolasepak negeri Pahang dipanggil Skuad Tok Gajah. Bagi anda yang ingin melihat gajah dengan lebih dekat, anda boleh ke Kuala Gandah di mana di sini terdapat terdapat pusat pemuliharaan gajah. Anda boleh bagi makan kepada gajah, menunggang gajah dan juga mandi bersama gajah.

Dua tasik yang terkenal di Malaysia iaitu Tasik Bera & Tasik Cini juga terletak di negeri Pahang. Kedua-dua ini merupakan tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia. Anda boleh berkayak, bermain perahu, memancing dan juga merentas hutan untuk kawasan Tasik Bera ini. Bagi pengunjung yang hendak ke Tasik Chini pula, kalau nak lihat pemandangan bunga teratai berwarna merah jambu dan putih yang cantik sambil memancing, silalah datang antara bulan Julai ke September.

Dua tempat tanah tinggi iaitu Cameron Highland dan juga Genting Highland merupakan kawasan tanah tinggi yang menerima ramai pengunjung setiap tahun. Pada hujung minggu, kedua kawasan ini memang akan sesak dengan kehadiran pelancong samaada dari dalam negara mahupun luar negara.

Jika di Cameron Highland, pengunjung akan menikmati suasana sejuk sambil mencari menghirup teh asli yang sememangnya banyak ditanam di kawasan ini. Pengunjung juga berpeluang menikmati kemanisan strawberi yang dicicah bersama coklat untuk menambahkan lagi keenakannya. Jangan lupa bila hendak pulang, beli sedikit sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar untuk dibawa pulang.

Manakala di Genting Highland lain pula. Di sini sama juga anda dapat menikmati cuaca yang nyaman dan sejuk tetapi bezanya di sini terdapat taman tema yang luas & terkenal terletak di puncak. Kalau sehari memang rasanya tak dapat nak habiskan permainan dan lawat semua tempat. Memang seronok kalau anda bawa bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan anda ke sini.

Jadi, jom la rancang bercuti di negeri Pahang Darul Makmuk ini. Seperti biasa kalau nak cari tempat penginapan, CutiJom akan bantu anda membandingkan harga-harga tempat penginapan yang anda ingin bermalam nanti. Masukkan sahaja tempat atau nama hotel dalam kotak di bawah.

Leave a Reply