Pulau Pinang merupakan negeri paling popular dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Dengan keindahan tempat serta pantainya, aneka makanan yang enak serta bangunan bersejarah menjadikan ianya antara sebab kenapa ramai pelancong yang melancong ke negeri ini.

Ibu negeri Pulau Pinang iaitu George Town telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tanah Besar & Pulau.

Bagi yang pertama kali ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk berjalan-jalan di Bandar George Town sambil melihat binaan-binaan lama yang masih tersergam indah di bandar ini. Untuk lebih santai, anda boleh menggunakan perkhidmatan tour oleh penduduk asal di sini ataupun menggunakan perkhidmatan beca yang akan membawa anda mengelilingi tempat-tempat bersejarah & menarik di George Town ini sambil bercerita serba sedikit tentang sejarah & info berkenaan tempat yang dikunjungi

Klook.com

Bagi yang berminat pantai dan sukan air, bolehlah ke Batu Ferringhi yang terletak tidah berapa jauh dari George Town. Dengan pantai pasir yang terbentang luas serta hembusan angin laut yang menyegarkan, anda pasti merasai ketenangan dan keceriaan yang terhasil jika dapat bersantai & berkelah bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Alang-alang dah berada di pantai ini, apa kata anda cuba untuk lakukan aktiviti seperti parasailing & jet ski. Kalau anda yang kaki golf, boleh cuba untuk bermain golf di Shangri-La’s Spa & Resort yang juga terletak di pantai Batu Ferringhi ini. Aktiviti-aktiviti ini pastinya menambahkan lagi kegembiraan atas percutian anda ini

Klook.com