Melaka

Jom Bercuti Jalan-Jalan ke Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah, daripada nama kita sudah ketahui bahawa Melaka sebuah negeri yang mempunyai bandaraya yang bersejarah. Ini dikuatkan lagi dengan pengiktirafan daripada UNESCO yang meletakkan Bandaraya Melaka sebagai salah satu tapak warisan dunia selain daripada George Town. Melaka terbahagi kepada 3 gabungan daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah & Jasin.

Oleh kerana jarak Melaka yang tidak terlalu jauh dan terletak di antara 2 kota bandar besar iaitu Kuala Lumpur dan Johor Bharu iaitu dalam 2 jam perjalanan, maka tidah hairanlah ia merupakan pusat pelancongan terkenal untuk dilawati. Tidak hanya terkenal dengan bangunan bersejarah, malahan terdapat tempat membeli-belah, pantai untuk berkelah beserta juga menu-menu makanan yang ‘viral’ sepeti Coconut Shake, Kuih Gelang, Asam Pedas dan lain-lain. Jadi kalau hujung minggu tu memang ramailah pelancong tidak kira dalam negara atau luar negara yang datang ke negeri Melaka ini.

Dah nama pun bandaraya sejarah, jika ke Melaka jangan lupa singgah ke A Famosa, Muzium Islam Melaka, St Peter’s Church, Cheng Hoon Teng Temple, Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan lain-lain lagi di mana anda dapat menyelami serta memahami pembentukan negeri Melaka pada satu ketika dulu.

Bagi anda yang bersama keluarga atau kawan-kawan, apa kata pergi ke taman-taman tema air yang terdapat di negeri Melaka ini. Pelbagai aktiviti air yang boleh anda boleh lakukan di taman-taman tema air ini. Memang best lebih-lebih lagi kalau pergi masa time panas. Antara taman-taman tema air seperti di Bayou Lagoon Water Park, A’Famosa Water Theme Park & Melaka Wonderland Theme Park. Untuk dapatkan tiket, anda boleh rujuk gambar di bawah

Klook.com

Nak pergi tempat yang lain dari yang lain? Cuba pergi ke Upside Down Gallery ,Muzium 3D dan Magic Art Museum. Memang menarik untuk anda ambil gambar dan upload di Socmed anda. Pelbagai aksi anda boleh tonjolkan dalam gambar dengan objek-objek serta sudut-sudut yang sesuai untuk nampak gambar lebih menarik.

Klook.com

Bagi anda yang mencari tempat penginapan atau homestay yang terdapat di Melaka, boleh cuba cari pada kotak di bawah. Kami di CutiJom bantu anda dalam membandingkan harga penginapan untuk mencari harga yang terendah untuk anda