Johor

Johor Darul Takzim terbahagi kepada 10 daerah iaitu Tangkak, Mersing, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru. Ibu negeri bagi negeri Johor ialah Johor Bahru yang dulunya dikenali sebagai Tanjung Puteri.

Johor juga kaya dengan keindahan flora dan fauna serta kecantikan pulau-pulau yang terdapat di negeri ini. Bagi peminat-peminat pendakian gunung, terdapat gunung-gunung di Johor yang anda boleh tawan puncaknya. Antara yang selalu menjadi tumpuan pendaki ialah Gunung Pulai, Gunung Ledang, Gunung Muntahak, Gunung Lambak, Gunung Arong, Gunung Panti dan juga Gunung Belumut.

Bagi peminat-peminat snorkeling dan diving pula, Johor merupakan negeri yang mempunyai banyak pulau yang sememangnya cantik dan menarik untuk anda lawati. Dengan kejernihan air laut dan pasir pantai yang bersih serta kehidupan laut yang pelbagai menjadikan aktiviti snorkeling dan diving anda lebih syok & best. Antara pulau yang popular di Johor seperti Pulau Rawa, Pulau Kukup, Pulau Aur, Pulau Dayang dan lain-lain lagi.

Bukan setakat hanya berjalan-jalan, mendaki gunung dan juga bersantai di pulau-pulau, pelancong ke negeri ini akan dapat merasai makanan yang simbolik dan sememangnya popular di daerah-daerah tertentu.

Sebagai contoh, di Muar terkenal dengan Mee Bandung-nya manakala di Batu Pahat pula terkenal dengan Nasi Beriyani Gam. Peminat kopi boleh ke Kluang untuk merasai aroma kopi yang enak dan apa salahnya jika anda singgah pula di Kempas untuk makan otak-otak yang terkenal di daerah ini.

Bagi ibu negeri Johor pula iaitu Johor Bahru, bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil lagi dan belum remaja, bawalah mereka samaada ke Legoland, Kidzoona ataupun ke Angry Bird activity park. Sudah tentu anda akan melihat kelincahan, keriangan serta senyuman gelak tawa yang terukir di wajah anak anda mahupun wajah anda :).

Klook.com

Untuk mencari hotel di negeri Johor Bahru ini, anda boleh melihat antara pilihan yang terdapat di bawah. Kami di CutiJom bantu anda dalam membandingkan harga hotel yang paling berbaloi untuk anda.

Leave a Reply