Kedah

Dikenali sebagai negeri Jelapang Padi di Malaysia. Kebanyakan bendang padi dapat dilihat di negeri Kedah. Terbahagi kepada 12 daerah dan 133 mukim. Ibu negeri bagi negeri Kedah ialah Alor Setar di mana ianya merupakan bandar kedua terbesar di Kedah selepas Sungai Petani.

Bagi yang ingin mendapatkan ketenangan dari kota besar, anda boleh ke Negeri Kedah untuk menikmati suasana desa yang indah serta sawah padi yang terbentang luas sejuk mata memandang :).

Sebut sahaja negeri Kedah mesti akan teringat Pulau Langkawi. Pulau Langkawi terletak dalam pentadbiran negeri Kedah dan ianya merupakan antara tumpuan popular pelancong samaada dari rakyat Malaysia sendiri mahupun dari pelancong luar negara. Antara sebab yang menarik pelancong ke Pulau Langkawi ini kerana ianya merupakan Pulau bebas cukai dan kesempatan ini diambil untuk mereka yang suka bershopping di Pulau ini. Antara produk yang popular di beli oleh pelancong di sini ialah seperti coklat, kain batik, pinggan mangkuk, minyak gamat dan macam-macam lagi.

Pulau Langkawi terkenal dengan kisah rakyat & lagenda Mahsuri. Kisah mengenai kecantikan beliau & bagaimana beliau difitnah serta sumpahan 7 keturunan pasti akan mengujakan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah yang berlaku pada waktu itu. Anda boleh menyelusuri sekitar kawasan Pulau Langkawi untuk mengetahui tentang kisah sebenar & sejarah Mahsuri

Selain daripada tempat sejarah Mahsuri, Pulau Langkawi juga merupakan antara syurga bagi pelancong kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Langkawi. Antaranya seperti ‘island hoping’, naik ‘cable car’, melihat hidupan laut di ‘Underwater World’, melihat ‘sunset’ sambil menikmati bbq di atas ‘cruise’, melakukan aktiviti-aktiviti sukan air di Pantai Cenang, melihat keindahan flora & fauna di kawasan GeoForest dan banyak lagi. Contoh -contoh aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Langkawi dapat lihat pada rajah di bawah atau klik pada ‘view more’ untuk melihat aktiviti=aktiviti lain.

Klook.com

Bagi anda yang ingin menggunakan pengangkutan awam dan sedang mencari tiket samaada bas, keretapi atau kapal terbang dari bandar tempat tinggal anda, anda boleh masukkan ‘detail’ perjalanan anda pada ruang di bawah dan anda dapat lihat perbandingan harga-harga pengangkutan awam berkenaan.

Powered by 12Go system

Terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda dapati di Pulau Langkawi ini samaada dari Hotel 5 bintang hinggalah ke chalet & ‘homestay’. CutiJom akan bantu dalam membandingkan harga yang terbaik untuk anda. Nak cari hotel yang murah boleh klik pada link ini –> Tempat Penginapan Pulau Langkawi

Leave a Reply