Perak

Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 12 daerah di mana daerah Hulu Perak terletak di bahagian utara dan daerah Muallim di bahagian Selatan. Ibu negeri bagi negeri Perak ialah Ipoh yang terletak di daerah Kinta.

Perak juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati samaada dari tempat & bangunan bersejarah, taman tema, hutan lipur, pantai & pulau dan bermacam-macam lagi.

Bagi peminat nature, antara tempat yang boleh ‘explore’ kerana di negeri Perak ini ialah Gua Tempurung & Gua Kandu untuk anda melihat seni stalagmit & stalagtit yang terbentuk secara semulajadi serta hidupan-hidupan di dalam gua batu kapur ini. Anda semestinya akan terpesona melihat keindahan yang wujud di dalam gua ini.

Klook.com

Untuk peminat camping, trekking dan memancing, apa kata anda ke Hutan Lipur Belum dan juga ke Tasik Temenggur untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan ini. Suasana kedamaian yang dinikmati pasti akan membuat anda terbuai melupakan segala beban masalah dan hirik pikuk kota. Bagi kaki pancing, untuk info di sini terdapat 23 jenis ikan air tawar untuk anda jinakkan termasuk Kelah, Baung, Sebarau, Tanggalan dan ikan FishZilla (Toman)

Klook.com

Nak lagi mencabar, jom cuba water rafting yang famous di negeri Perak iaitu di Slim River dan juga Sungkai. Aktiviti-aktiviti ini pastinya menambahkan serta mengeratkan lagi keriangan anda bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Klook.com

Gopeng juga terkenal untuk aktiviti-aktiviti air dan ‘glamping’. Anda boleh cuba samaada ‘Water Rafting’,’River Tubing’ & ‘Water Abseiling yang terdapat terdapat di kawasan ini. Penuhkan aktiviti harian anda dengan mengambil pakej ‘glamping’ untuk anda lepak-lepak dan naik basikal pusing kampung di samping melakukan aktiviti air di atas.

Klook.com

Jadi, Moh Le Kite Ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Nak cari tempat penginapan yang murah? CutiJom bantu anda mencari dan membandingkan harga tempat penginapan sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. Anda hanya masukkan destinasi atau nama tempat penginapan yang ingin dituju serta tarikh yang dirancang pada kotak di bawah.

Leave a Reply