Pahang Darul Makmur

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan pula merupakan Bandar Diraja. Negeri Pahang mempunyai jumlah keluasan 35,964 km2. Terbahagi kepada 12 daerah iaitu Bentong, Bera, Cameron Highland, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub, Rompin, Temerloh & Kuala Kurau. Negeri Pahang memang terkenal dengan keindahan flora & faunanya. Sebahagian besar daripada kawasan Taman Negara terletak di negeri Pahang ini. Dah namanya pun Taman Negara, sudah tentu di sini anda akan dapat melihat binatang-binatang yang jarang…

Continue Reading Pahang Darul Makmur

Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Negeri ini terbahagi kepada 8 daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan juga Kemaman. Terengganu terkenal dengan kegiatan ekonomi perikanan kerana populasi penduduknya yang banyak tinggal berhampiran dengan pantai. Beberapa dekad yang lalu, sumber minyak yang dijumpai di pesisir laut menjadikan negeri ini bertambah maju dan seterusnya menjadikan aktivi carigali dan pengeluaran petroleum antara penggerak ekonomi bagi negeri Terengganu. Terengganu terkenal dengan…

Continue Reading Terengganu Darul Iman

Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah, daripada nama kita sudah ketahui bahawa Melaka sebuah negeri yang mempunyai bandaraya yang bersejarah. Ini dikuatkan lagi dengan pengiktirafan daripada UNESCO yang meletakkan Bandaraya Melaka sebagai salah satu tapak warisan dunia selain daripada George Town. Melaka terbahagi kepada 3 gabungan daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah & Jasin. Oleh kerana jarak Melaka yang tidak terlalu jauh dan terletak di antara 2 kota bandar besar iaitu Kuala Lumpur dan Johor Bharu iaitu dalam 2 jam perjalanan, maka tidah hairanlah ia merupakan pusat pelancongan terkenal…

Continue Reading Melaka

Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 12 daerah di mana daerah Hulu Perak terletak di bahagian utara dan daerah Muallim di bahagian Selatan. Ibu negeri bagi negeri Perak ialah Ipoh yang terletak di daerah Kinta. Perak juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati samaada dari tempat & bangunan bersejarah, taman tema, hutan lipur, pantai & pulau dan bermacam-macam lagi. Bagi peminat nature, antara tempat yang boleh 'explore' kerana di negeri Perak ini ialah Gua Tempurung & Gua Kandu untuk anda…

Continue Reading Perak Darul Ridzuan