Perlis

Perlis merupakan negeri paling Utara di Malaysia dan merupakan negeri paling kecil di Malaysia. Kangar merupakan ibu negeri bagi Perlis manakala Bandar Arau pula merupakan Bandar Diraja bagi negeri ini.

Antara pekan yang menjadi tumpuan di Perlis ialah Padang Besar di mana ianya merupakan pekan yang terletak di sempadan sebelum masuk ke Thailand. Kebanyakan pelancong di Malaysia akan ke Padang Besar untuk membeli belah disebabkan harga barangannya yang murah serta terdapat pelbagai barangan daripada pakaian, makanan yang unik hinggalah ke perkakasan rumah

Bagi yang nak ke Pulau Langkawi, selalunya akan pergi ke Kuala Perlis di mana di sini terdapat perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Masa yang diambil menggunakan feri untuk ke Pualau Langkawi daripada Kuala Perlis ini lagi singkat iaitu sekitar setengah jam berbanding feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi yang mengambil masa sejam. Di Kuala Perlis ini juga, anda boleh dapatkan makanan laut serta menikmati mee udang yang semestinya terkenal di sini.

Bagi anda yang suka “rock climbing”, jom kita ke Bukit Keteri. Bukit ini merupakan antara spot terbaik di Asia di mana banyak pencinta-pencinta sukan ini samaada dari dalam negara Malaysia mahupun luar negara seperti Asia & Eropah datang ke sini untuk menakluki bukit ini.

Pernah lihat awan karpet? Kalu tak pernah jom kita ke Bukit Laka/Tuk Dun yang terletak di Ulu Pauh, Arau. Untuk lihat permandangan awan karpet, anda kena ‘hiking’ awal-awal pagi untuk sampai ke puncak dan segala penat lelah anda untuk mendaki akan lenyap setelah melihat pemandangan awan karpet serta matahari terbit. Bukit ini juga merupakan pilihan terbaik juga untuk anda melihat ‘Sunset’.

Jadi bagi yang nak pergi ke negeri Perlis, boleh cari tempat penginapan dengan masukkan destinasi dan tarikh yang dirancang untuk pecutian anda nanti. Kami di CutiJom akan bantu anda dalam mencari dan membandingkan harga tempat penginapan