Ramadan datang lagi tahun 2025 ini. Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Seperti di negara-negara Islam yang lain, di Malaysia juga, sambutan Ramadan disambut dengan meriah oleh masyarakat muslim. Setelah seharian berpuasa, menjelang maghrib tibalah waktu berbuka puasa. Selain daripada membeli juadah makanan di bazar Ramadan mahupun memasak di rumah, aktiviti berbuka puasa secara buffet juga banyak dianjurkan oleh restoran-restoran serta hotel-hotel di seluruh Malaysia.
Tidak ketinggalan di Lembah Klang, kebanyakan restoran di hotel-hotel menganjurkan acara buffet berbuka puasa ini. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh membawa pasangan, keluarga ataupun sahabat anda sekali-sekala untuk berbuka puasa di restoran-restoran hotel ini.
Di sini disenaraikan 10 restoran di dalam hotel terbaik untuk buffet ramadan sekitar Lembah Klang. Untuk info lanjut serta harga pakej iftar yang ditawarkan, anda boleh klik pada butang ‘Jom Tempah Iftar’ (warna purple)
1) Putrajaya International Convention Centre
Dengan tema ‘Cita Rasa Klasik Ramadan Buffet’, pelbagai juadah yang disediakan dengan menjanjikan hidangan dengan perisa asli orang Malaysia. Ianya sekaligus menggamit nostalgia anda dalam mengenang masa lampau :).

Terletak di Putrajaya, anda tak perlu risau tentang parking kereta kerana mempunyai kawasan yang luas untuk parking kereta
2) Palm Garden Hotel, Putrajaya
Palm Garden Hotel pula menggunakan tema ‘Bazar Citarasa Kita’ untuk ramadan buffet bagi tahun 2025 ini. Seperti biasa, pelbagai juadah disediakan untuk anda nikmati bersama keluarga ataupun sahabat-sahabat anda. Antaranya seperti Char Kuew Toew, Roti Canai, Kambing Golek, Nasi Briyani, Masak Lemak Cili Api, Lemang, Ketupat dan macam-macam lagi. Pendek kata anda pasti puas hati bila berbuka di sini

Juga semasa berbuka nanti, terdepat persembahan live dari Yolfellazteam, sebuah group ghazal yang memainkan dan menggabung irama tradisional dan moden bagi menghidupkan lagi suasana berbuka anda
3) Nook, Aloft KL Sentral
Untuk tema buffet ramadan tahun 2025 ini memang menarik iaitu ‘Santapan Selat Melaka’. Ianya menggabungkan menu-menu istimewa untuk juadah yang terdapat di negeri-negeri persisir Selat Melaka. Antaranya seperti kambing bakar bermpah, ayam percik, nasi ayam, nasi briyani, asam pedas ( anda boleh pilih samada nak ikan kembong, talipia merah, pari ayam dan daging), udang sambal petai, daging masak hitam, murtabak, otak-otak dan pelbagai menu lain.

Untuk pencuci mulut pula, ada puding raja, pulut tai tai, serawa durian, pulut mangga, sagu gula melaka, puding roti pisang, dim sum dan banyak lagi. Pendek kata, memang best menu-menu hidangan selat melaka yang terdapat di sini. Anda mesti try!

4) Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel
Terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, untuk buffet ramadan bagi tahun 2025 ini diketua oleh Chef Safril dan rakan-rakan. Dengan tema “Sajian Istimewa’, anda boleh merasakan pelbagai juadah yang sememangnya istimewa khas untuk ramadan kali ini..

Antaranya ialah menu Kambing Golek Panggang ‘Meletup’ yang semestinya menjadi menu buruan utama bagi penggemar-penggemar kambing golek. Menu-menu lain pula seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Tok Daging Tulang Rusuk, Laksa Johor, Kuih Dangai dan lain-lain lagi.
Sambil anda menikmati hidangan berbuka puasa tu, dengarkan alunan ghazal yang didendangkan untuk menambahkan lagi mood berbuka puasa anda 🙂

5) Serena Brasserie, InterContinental Kuala Lumpur
Dengan tema ‘Santai-Santai Di Serena’, nikmati pengalaman menjamu selera anda berbuka puasa dengan pelbagai hidangan buffet mewah yang menyajikan hidangan rasa Malaysia yang sangat menyelerakan dalam suasana yang santai.
Antara menu utama yang anda mesti cuba seperti ‘Baked Honey-glazed Chicken’, ‘Rendang Minang Smoked Barbeque’, Nasi Briyani Bukhari dengan Xinjiang Whole Lamb dan Gulai Asam Rong Claypot. Juga terdapat pelbagai lagi menu-menu menarik lain yang boleh anda cuba.

Imbas kembali kenangan terindah dengan pilihan hidangan nostalgia Malaysia yang meraikan intipati tradisi seperti Lemang, Kuah Kacang, Daging Rendang Tok, Bubur Lambuk, Ketupat, dan banyak lagi.
Jadi bawalah keluarga & rakan anda untuk berbuka di sini. Bermula dari 4 Mac 2025 sehingga 1 April 2025
6) The Mesh Four Points, Sheraton Kuala Lumpur
Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh bawa ahli keluarga atau sahabat anda berbuka puasa di sini. Pesona Klassik Dinner Buffet menawarkan lebih daripada 60 hidangan etnik dengan pelbagai citarasa.

Antara menu menarik yang mesti anda rasa ialah Gulai Kawah Daging Rebung Madu, Ayam Percik Kelantan Pok Nik, Kambing Bakar Rempah Giling, Ipoh White Coffee Cream Brulee dan pelbagai lagi.

7) Thyme Restaurant, PARKROYAL Collection
Dengan tema ‘Nostalgia Ramadan’, anda pastinya terpukau dengan menu-menu hidangan yang disediakan di tempat ini. Antaranya ialah Rendang Kambing Golek, OP Ribs Bakar, Pesamah Daging Angus Australia, Rendang Itik Serati, Ayam Kampung Berlado Hijau, Mentarang Masak Cili Api, Otak-Otak, Satar, dan Sate.
Menu yang wajib anda rasa ialah Som Tam Lobster Segar. Memang rare dan pasti anda tambah berapa kali selepas mencubanya

8) Capri, Fraser Bukit Bintang
Capri menawarkan lebih daripada 100 jenis hidangan dalam pakej berbuka puasa kali ini. Antara menu menariknya ialah Ayam Bakar Taliwang, Nasi Minyak Betis Kambing Merah, Ayam Panggang Madu Assamboi, Dragon Fruit Green Curry dan lain-lain lagi. Dengar nama-nama menu pun dah buat terliur ni 🙂


Berbuka puasa sambil menikmati pemandangan bandaraya kuala lumpur yang indah pada waktu senja dan malam. Apatah lagi berbuka bersama sama ada teman istimewa, keluarga atau sahabat, pasti ianya menggamit memori berbuka puasa anda.

9) The Kitchen, Milea Kuala Lumpur

The Kitchen menawarkan hidangan berbuka yang pastinya mempersenonakan selera anda. Menu seperti kambing bakar, ayam percik dimakan bersama nasi briyani memang memukau. Ditambah pula lagi dengan menu-menu lain seperti Sup 16 Jalan Imbi, Asam Pedas Kawah, Nasi Ayam Bukit Bintang, Chicken Shawarma, Asam Pedas Jalan Alor, Roti John, Sate, Ayam Gunting Panas-Panas, Popia Basah dan macam-macam menu menarik yang lain.

Terletak berhadapan dengan Berjaya Times Square, jadi anda boleh shopping2 dulu sementara tunggu waktu berbuka ataupun shopping selepas iftar. Bagi anda yang risau tentang kesesakan jalan raya, anda boleh naik pengangkutan awam dan berhenti di stesen monorail Jalan Imbi kerana hotel ini dekat dengan stesen berkenaan

10) Resort Awana, Genting Highland
Okay untuk yang ini saja masukkan dalam list walaupun hotelnya terletak lebih sejam dari Lembah Klang. Pada anda yang ingin berbuka sambil ‘healing’di kawasan-kawasan sejuk dan tempat tinggi bolehlah untuk berbuka puasa di Resort World Awana.

Ramadan Buffet Warisan Awana menawarkan pelbagai menu menarik untuk iftar kali ini. Antaranya seperti Kambing Bakar Berempah, Masakan Warisan Melayu Asli, aneka Sate dengan kuah kacang yang pekat, Sup Gearbox (yang ni memang padu, kena pula dengan altitud & suhu sejuk di Genting), kuih-muih tradisional dan pelbagai lagi.

Sambil-sambil anda nikmati hidangan berbuka tu, terdapat persembahan ‘Live’ muzik tradisional yang ada pada setiap malam ketika iftar pada bulan puasa ini.
Pelbagai aneka juadah dapat dilihat dan dinikmati tak kira samaada anda berbuka berseorangan, bersama teman tersayang, bersama keluarga ataupun bersama rakan sekerja anda. Kalau berbuka buffet tu diet tu dah boleh dikira ‘cheat’ day :). Makanlah dan nikmatilah hidangan berbuka buffet anda sepuas-puasnya.
Semoga bulan Ramadan ini memberi keberkatan dalam hidup kita semua. Bagi anda yang inginkan penginapan di hotel, kami di CutiJom membantu anda dalam membandingkan harga hotel. Anda boleh bandingkan dengan klik pada link ini –> Banding Harga Hotel di CutiJom.com