8 Hotel Dengan Bilik Pemandangan KLCC Twin Tower

Anda merancang untuk bercuti di bandaraya Kuala Lumpur? Sudah tentu banyak tempat menarik yang anda boleh lawati sekitar Kuala Lumpur. Antara lokasi hangat yang menjadi pilihan pelancong samaada pelancong luar negara mahupun pelancong dalam negara ialah hotel yang berdekatan dengan KLCC.

Nak lebih menarik, anda tinggal di bilik hotel yang mempunyai pemandangan menara berkembar KLCC. Pastinya anda berpuas hati dengan percutian anda apatah lagi jika anda bercuti membawa anak-anak anda. KLCC Twin Tower ni juga dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas.

Berikut kami senaraikan hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai bilik dengan pemandangan KLCC Twin Tower.

1) Traders Hotel Kuala Lumpur

Hotel ini memang menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong ke Kuala Lumpur kerana anda akan dapat pemandangan penuh menara berkembar ini dari kamar bilik anda. Hotel ini terletak berhadapan dengan Taman KLCC dan anda boleh berjalan kaki untuk ke Suria KLCC melalui taman ini.

Untuk anda yang suka berjogging, jangan lupa untuk bawa kasut jogging dan rasai pengalaman ‘jogging’ yang ‘awesome’ di kawasan taman KLCC ini yang terletak di tengah bandaraya ini. Kalau tak larat nak jogging, jalan kaki di kawasan taman KLCC ini pun dah menarik dengan gabungan pemandangan landskap flora serta bangunan yang cantik

Lokasi: Kuala Lumpur City Centre 50088 Malaysia

No Telefon: 03-2332 9888

2) Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hotel ini memang betul-betul terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar KLCC dan Taman KLCC. Anda hanya perlu beberapa minit turun dari kamar bilik anda dan berjalan ke Suria KLCC samaada untuk shopping ataupun makan-makan 🙂

Dengan kedudukan hotel yang strategik serta kemudahan dan layanan 5 bintang dari hotel, semestinya hotel ini menjadi pilihan utama bagi pelancong-pelancong serta ahli-ahli perniagaan yang singgah di Bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasi: Kuala Lumpur City Centre 50088 Malaysia

No Telefon: 03-2380 8888

3) Banyan Tree Kuala Lumpur

Hotel ini terletak di lokasi yang menarik iaitu berhadapan dengan pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur iaitu Pavillion. Bagi anda yang gemar ber’shopping’ memang harus menetap di hotel ini kerana kawasan ini selain Pavillion terdapat banyak pusat membeli-belah yang lain seperti Farenheit 88, Lot 10, Sungai Wang dan Plaza Low Yatt

Banyan Tree Kuala Lumpur menawarkan bilik dengan rekaan moden dengan pemandangan KLCC Twin Tower, Menara KL serta pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang luar biasa. Jangan lupa untuk menggunakan kemudahan swimming pool di mana sambil berenang, anda dapat menikmati pemandangan KLCC, KL Tower dan juga bandaraya Kuala Lumpur yang pastinya buat anda terpesona. Juga jangan lupa untuk ke Vertigo iaitu restoran yang terletak di tingkat paling atas untuk pengalaman makan malam dengan pemandangan luar biasa. Apatah lagi jika menyambut hari istimewa dengan yang tersayang di restoran ini 🙂

Lokasi: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2113 1888

4) W Kuala Lumpur

Hotel W Kuala Lumpur terletak bersebelahan dengan KLCC Twin Tower. Jadi untuk untuk ke Suria KLCC, hanya perlu beberapa minit berjalan kaki 🙂

Hotel ini terkenal dengan rekaan dalaman yang berani, moden, bergaya dengan rekaan kontemporari yang unik. Bilik-bilik dan suite di W Kuala Lumpur direka dengan kemasan yang mewah, perabot kontemporari dan kemudahan teknikal terkini, termasuk sistem bunyi Bluetooth dan pencahayaan suasana yang boleh dilaraskan.

Jangan lupa untuk ‘swimming’ di pool sambil melihat pemandangan KLCC. Cantikkan? 🙂

Lokasi: 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2786 8888

5) Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel ini terletak di Jalan Pinang dan berhampiran dengan Menara Berkembar KLCC. Bilik-bilik penginapan di hotel ini menawarkan pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur dan Menara Berkembar KLCC yang menakjubkan.

Jika anda memilih untuk menginap di hotel ini, jangan lupa ke restoran THIRTY8 yang terletak di tingkat 38. Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan tempatan & antrarabangsa di samping menikmati pemandangan 360 darjah yang luar biasa bandaraya Kuala Lumpur

Lokasi: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2182 1234

6) EQ Kuala Lumpur

Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini menawarkan banyak bilik dengan pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur termasuk menara berkembar Petronas. Hotel ini mempunyai pelbagai bilik moden yang luas dan dilengkapi dengan perabot kontemporari dan kemudahan terkini yang menjamin keselesaan anda. Tidak hairanlah hotel ini memenangi anugerah dari Travel + Leisure Luxury Award Asia Pasific bagi kategori ‘City Hotel’ Terbaik untuk tahun 2024

Untuk pemandangan yang lebih maksima, apa kata jika anda menempah bilik ‘Premier King Infinity’ di mana untuk bilik yang ini anda akan mendapat pemandangan KLCC Twin Towe dan juga Menara Kuala Lumpur

Lokasi: Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2789 7777

7) Four Points By Sheraton Kuala Lumpur

Terletak lebih kurang 800 meter dari KLCC, hotel ini juga mempunyai bilik dengan pemandangan KLCC Twin Tower. Juga terletak dekat stesen monorail Bukit Nenas di mana ianya memudahkan anda untuk bergerak ke sekitar Kuala Lumpur jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam

Bilik-bilik di hotel ini direka dengan konsep moden dan minimalis, dilengkapi dengan katil ‘Four Points Signature’ yang terkenal dengan keselesaannya. Bayangkan anda tidur dengan katil empuk yang selesa berserta dengan pemandangan sinaran lampu malam KLCC, pastinya keselesaan dan memori indah untuk percutian anda.

Bagi anda yang membawa anak-anak kecil, pastinya ianya ‘syurga’ untuk mereka kerana terdapat ‘mini’ water theme park yang sesuai untuk anak-anak anda. Sudah tentu mereka akan teruja berada di hotel ini

Lokasi: Corner of Jalan Sultan Ismail, &, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2706 9099

8) The Ruma Hotel & Residences

Hotel ini terletak di Jalan Kia Peng dan berhampiran dengan Aquaria KLC. Hotel ini menawarkan ruangan bilik yang luas dan elegan, dilengkapi dengan perabot khas, tempat tidur yang selesa serta kemudahan moden. Hotel ini juga memaparkan rekaan mewah dengan sentuhan Malaysia iaitu dengan menggabungkan elemen budaya tempatan dengan kemewahan kontemporari dan menciptakan sesuatu yang unik

Bagi anda yang datang dengan ahli keluarga yang ramai, bolehlah untuk menempah 2 bedroom suite.

Lokasi: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 03-2778 0888

Senarai di atas merupakan antara 8 hotel yang mempunyai bilik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas. Untuk lebih kepastian dan mendapat bilik mana yang mempunyai ‘view’ KLCC Twin Tower yang terbaik, anda boleh merujuk terus kepada hotel melalui nombor telefon yang tertera.

Anda boleh bandingkan harga penginapan melalui butang yang tertera pada ‘post’ hotel berkenaan. Jangan lupa untuk merujuk juga laman web hotel berkenaan untuk ‘compare’ mana harga yang terbaik sebelum anda menempah.