Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.
Selangor terletak bersempadan dengan negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di Selatan manakala Laut Selat Melaka di bahagian barat. Ibu negeri bagi negeri Selangor adalah Shah Alam.
Selangor merupakan salah satu negeri paling padat penduduk di Malaysia. Kepadatan penduduknya tinggi karena kawasan ini merupakan pusat ekonomi dan perdagangan yang penting. Negeri ini memiliki ekonomi yang maju dan beragam, dengan sektor-sektor seperti perkilangan dan perdagangan yang memberikan sumbangani besar terhadap ekonomi negeri ini. Kawasan seperti Petaling Jaya dan Cyberjaya di Selangor dikenal sebagai pusat teknologi dan perniagaan.
Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati dan singgah di negeri Selangor ini. Antaranya seperti Taman Botani Shah Alam , Sunway Lagoon Theme Park, Sky Mirror Kuala Selangor, Firefly Park Resort, Bukit Melawati, Farm In The City dan banyak lagi.
Untuk tempat-tempat keagamaan, anda boleh melawat singgah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga dikenali sebagai ‘Blue Mosque’ yang terletak di ibu negeri Selangor. Kuil Thean Hou pula antara Kuil Buddha yang terbesar di Malaysia dan di sini anda dapat melihat pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur. Bagi yang beragama Hindu pula, anda boleh ke Batu Caves di mana terdapat kuil yang merupakan tempat ibadah utama bagi masyarakat Hindu di Malaysia.
Bagi anda yang peminat makan-makan di Malaysia, kalau berada di negeri Selangor ini jangan lupa untuk singgah ke Kajang & Bangi untuk merasai keenakan satey seperti Sate Haji Samuri, Sate Willy, Sate Baung, dan Sate UK. Bagi peminat ikan bakar & seafood pula, anda boleh ke Tanjung Harapan yang terletak di Port Kelang ataupun di Jeram di mana di sini terdapat restoran-restoran ikan bakar & seafood yang segar-segar untuk anda nikmati sambil melihat keindahan laut.