Setiap kali hujung minggu ataupun cuti sekolah tiba, pasti anak-anak akan bertanya ibu ayahnya untuk bawa mereka berjalan-jalan. Ye la.. setelah ibu bapa mereka sibuk pada hari bekerja dan mereka pula padat dengan jadual sekolah, pasti mereka mengharapkan ‘parent’ mereka untuk bawa mereka bercuti-cuti.
Anda yang tinggal di Lembah Kelang tidak perlu pening-pening memikirkan mana tempat yang best untuk bawa anak-anak kerana terdapat banyak tempat menarik di KL/Selangor samaada taman tema air, zoo haiwan, rekreasi sukan dan bermacam-macam lagi.
Di sini, kami senaraikan antara tempat-tempat menarik yang anda boleh bawa anak-anak anda.
1) Zoo Negara
Antara tempat menarik yang boleh anda bawa. Di sini anda akan tunjukkan kepada anak-anak anda mengenali haiwan-haiwan yang ada di muka bumi ini. Ada kadang-kadang tu, mak ayah sendiri pun tak kenal nama haiwan tu :).
Zoo Negara yang berkeluasan 110 ekar ini menempatkan lebih daripada 400 jenis mamalia, burung, amfibia, reptilia dan juga ikan. Pelawat bukan saja hanya dapat melihat haiwan tetapi ada juga kawasan dan acara memberi hawiwan makan. Tidak ketinggalan terdapat juga pertunjukan haiwan dan ianya pasti sesuatu yang yang menyeronokkan untuk disaksikan.
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
Lokasi: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
2) Aquaria KLCC
Merupakan taman tema air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat 2 aras terowong bawah air sepanjang 90 meter dan ianya meliputi kawasan seluas 60000 sq ft.
Aquaria KLCC juga telah dinobatkan antara 5 akuarium terbaik di Asia dan di sini terdapat lebih 20000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesis samaada dari dalam negara mahupun dari luar negara.
Bagi anda yang ingin membawa anak-anak anda ke sini, saranan yang diberikan oleh pihak Aquaria KLCC agar anda memperuntukkan masa selama 1 jam 45 minit untuk mencapai kepuasan maksimum dalam menjelajahi dan mengenali hidupan-hidupan dalam laut ini.
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
3) Farm In The City
Tempat ini memang menarik jika anda atau anak-anak anda pencinta haowan. Di ‘Farm’ ini anda boleh memberi makan kepada haiwan dan ianya pastinya pengalaman yang mengujakan anda dan keluarga ataupun bersama rakan-rakan anda.
Di sini terdapat lebih 100 haiwan jinak & ‘exotic’ untuk anda bermesra samaada dengan memberi makan mahupun menyentuh haiwan berkenaan. Juga terdapat lebih 100 burung Malaysia yang terbang bebas di dalam ‘farm ini. Pernah cuba ‘Longkang Fishing’ semasa kecil-kecil dulu? Haaa.. kat sini anda boleh tunjukkan skill anda memancing di longkang semasa kecik-kecik dulu dekat anak-anak anda.
Terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik di sini dan anda boleh ke laman web mereka https://www.farminthecity.my/ untuk melihat aktiviti lain yang boleh dilakukan di ‘Farm In The City’ ini. Tapi kalau anda nak beli tiket dengan harga diskaun, anda boleh dapatkan dengan klik pada button di bawah 🙂
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (weekday), 9.30 pagi hingga 6.00 petang (weekend)
Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan
4) KidZania
Dah tahu apa cita-cita anak anda atau anak-anak buah anda? Kalau tak tahu takpe, boleh bawa mereka ke sini untuk lihat apa kerjaya yang mereka minati. KidZania terletak di Mutiara Damansara dan berkeluasan 80,000 kaki persegi. Besarkan!
KidZania menyediakan lebih daripada 70 aktiviti ‘role playing’ di mana mereka akan belajar samaada mengenai dunia pekerjaan, wang serta asas kemahiran-kemahiran dalam kehidupan pada masa kini yang mana tak dapat mereka belajar di dalam kelas mereka di sekolah 🙂
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (weekday), 9.30 pagi hingga 6.00 petang (weekend)
Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan
5) Petrosains
Tempat yang menarik untuk anda dan juga anak-anak anda mengenali segala yang berkaitan dengan sains dalam kehidupan ini. Petrosains ini diibaratkan umpama muzium sains dan teknologi dan terletak di tingkat 4 Menara KLCC.
Terdapat pelbagai ruang pameran yang disediakan untuk anda terokai seperti yang boleh anda lihat pada peta pameran yang ditunjukkan di bawah.
Memang tak rugi jika anda bawa anak-anak anda ke sini kerana mereka akan dapat belajar dan melihat dengan lebih dekat lagi teori-teori sains yang banyak digunakan dalam kehidupan masa kini sambil memupuk minat mereka untuk menerokai lagi bidang sains ini
Waktu Operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang (kemasukan pelawat terakhir 5.00 petang)
Lokasi: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
6) 3D Art Museum
Suka bergambar? Nak gambar yang ‘rare’? Jom ke 3D Art Museum ini. Terdapat banyak ilusi-ilusi gambar yang menarik dan pastinya anda akan terpegun bila gambar yang diambil dan terhasil nanti. Nampak seperti objek yang diambil itu seperti ‘hidup’
Terbaru dengan teknologi ‘wondAR Augmented Reality’, anda boleh beraksi seolah-olah anda berada di situasi berkenaan seperti video di bawah
Pastikan anda membawa anak-anak anda ke sini dan jangan lupa bawa kamera ataupun handphone yang boleh ambil gambar tau 🙂
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 8.00 malam (kemasukan pelawat terakhir 7.00 malam)
Lokasi: Lot 4.01-4.03, Second Floor, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi 50050 Kuala Lumpur.
7) Sunway Lagoon
Anak-anak mana yang tak suka aktiviti air kan! Sunway Lagoon memang tempatnya untuk permainan aktiviti air bagi anda dan juga anak-anak anda.
Kini yang lagi best, Sunway Lagoon bukan hanya ada water park sahaja tetapi terdapat pelbagai ‘park’ lain yang boleh anda selusuri bersama ahli keluarga anda seperti ‘Amusement Park’, ‘Wildlife Park’, ‘Extream Park’, ‘Scream Park’ dan juga ‘Nickelodeon Lost Lagoon’.
Bagi mendapatkan kepuasan sebenar, anda dinasihatkan masuk masa pintu masuk dibuka untuk merasai semua permainan & kemudahan yang disediakan di Sunway Lagoon ini kerana kawasannya yang sangat luas untuk anda terokai bersama anak-anak anda! 🙂
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
8) District 21
Nak tanamkan keberanian untuk anak anda? Bawa mereka ke District 21 ini yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Di sini terdapat melebihi 10 aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
District 21 merupakan ‘Indoor Active Park’ yang berkeluasan sehingga 70,000 kaki persegi. Bagi anda atau anak-anak anda yang lasak sudah tentu akan teruja dan suka dengan akitiviti-aktiviti yang terdapat di District 21 ini. Cakap apa sahaja aktiviti samaada ‘climbing’, ‘jumping’, ‘riding’, ‘sliding’ dan juga ‘flying’ semuanya ada di sini
Waktu Operasi: 12.00 tengahari hingga 8.00 malam (weekday), 10.00 pagi hingga 8.00 malam (weekend)
Lokasi: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
9) Wet World Shah Alam
Satu lagi taman tema air yang anda boleh bawa anak-anak anda ialah di Wet World Shah Alam. Di sini anda juga boleh lakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan air bersama dengan anak-anak anda.
Wet World Shah Alam ini dibuka setiap hari kecuali ditutup pada setiap hari Rabu kecuali jika cuti sekolah atau cuti umum jatuh pada hari Rabu, maka taman tema air ini tetap dibuka pada hari berkenaan.
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
10) Berjaya Times Square Theme Park
Berjaya Times Square Theme Park adalah salah satu destinasi hiburan yang terkenal di Kuala Lumpur. Keluasan Berjaya Times Square Theme Park ialah kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman ini terletak di dua tingkat, iaitu tingkat 5 dan 7 pusat beli-belah Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Dengan keluasan yang luas ini, taman ini menawarkan pelbagai tarikan dan permainan untuk pelawat dari pelbagai peringkat umur.
Waktu Operasi: 12.00 tengahari hingga 8.00 malam
Lokasi: Berjaya Times Square, 5th & 7th Floor, Jalan Imbi, Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur
Sememangnya terdapat banyak tempat-tempat menarik sekitar lembah Klang ini untuk anda bawa anak-anak samaada pada hujung minggu, cuti am, cuti sekolah mahupun pada hari-hari biasa. Untuk mendapatkan kepuasan yang lebih maksima, jangan lupa untuk datang awal di mana anda boleh habiskan terokai ataupun main semua aktiviti permainan yang ditawarkan di tempat berkenaan.
Untuk nak percepatkan lagi proses nak masuk dan mengelakkan dari beratur panjang, anda boleh beli tiket secara online dan bila dah sampai sana nanti, hanya scankan kod QR ataupun bar kod. Untuk mendapatkan harga tiket online yang lebih murah, anda boleh klik pada butang ‘Dapatkan Tiket Masuk Dengan Harga Diskaun Di Sini’ yang terdapat pada setiap tempat menarik yang ditunjukkan di atas. Boleh dapat harga lebih murah tau daripada beli di kaunter.. :).
“Selamat Bercuti-Cuti Bersama Anak-Anak Anda”