Aktiviti Adventure Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Langkawi

Aktiviti Adventure Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi memang merupakan antara pulau yang popular di Malaysia untuk dilawati terutamanya pada musim-musim cuti. Pulau yang terletak di negeri Kedah Darul Aman memang terkenal dengan cerita dan tempat-tempat sejarah, pantai yang indah, pulau bebas cukai yang mana anda boleh dapati barang-barang murah seperti coklat, kain batik, pinggan mangkuk dan lain-lain. Sudah tentu ia menjadi syurga untuk kaum hawa khasnya dalam membeli-belah.

Selain daripada itu, terdapat aktiviti-aktiviti adventure yang anda boleh lakukan di Pulau Langkawi ini. Sambil berjalan-jalan itu, nak juga merasa aktiviti adventure yang boleh dilakukan samaada bersendiri, bersama pasangan ataupun dengan keluarga dan sahabat anda. Jom kita lihat senarai aktiviti adventure yang boleh dilakukan di sini

  1. Skytrex Adventure Langkawi

Anda yang gemarkan aktiviti bergayut di tempat tinggi perlu pergi ke tempat ini. Dengan terletak di kawasan hutan Gunung Mat Cincang berlandskapkan pemandangan yang hijau sekaligus menghasilkan udara yang segar, aktiviti-aktiviti adventure yang dilakukan di sini pastinya meransangkan minda & fizikal anda.

Terdapat pelbagai aktiviti seperti ‘flying fox’, ‘plane bridge” dan macam-macam lagi. Anda pilih saja mana yang sesuai dengan anda samaada ‘Little Legend’ iaitu untuk ‘beginner’, ‘Eagle Thrill’ iaitu untuk ‘intermediate’ ataupun ‘Island Extreme’ untuk ‘advanced’.

Anda tak perlu risau kerana trainer yang berada di sini memang terlatih dan ‘friendly’. Segala peralatan & taklimat akan diberikan dengan lengkap sebelum melakukan sebarang aktiviti

2. Langkawi ATV Adventure

Pernah pandu ATV? Tak kiralah jika anda pernah atau tak pernah pandu ATV, jom cuba ‘ride’ ATV yang terletak di Pulau Langkawi ini. Anda akan pandu ATV ni melalui kawasan pemandangan bendang padi, kawasan kampung tradisional dan juga melalui trek di Lubuk Semilang yang mana terkenal dengan kawasan berkelah air terjun.

Memang seronok jika anda lakukan aktiviti ini bersama pasangan, sahabat atau keluarga anda. Terdapat pakej ride ATV samaada 60 minit ataupun 90 minit yang boleh anda pilih tapi rasanya pakej ride selama 60 minit tu anda akan rasa pasti tak cukup dan tak puas 🙂

3. Water Skiing and Wakeboarding

Bagi peminat sukan lasak melibatkan aktiviti air, jangan lepaskan peluang untuk mencuba akitiviti ini di Langkawi. Aktiviti ini dijalankan di kawasan Pantai Cenang yang terkenal dengan air lautnya yang jernih, pantainya yang cantik dan luas serta pasirnya yang putih

Anda yang tak pernah cuba aktiviti water skiing dan wakeboarding ni patut untuk cubanya di sini dan anda akan rasa keseronokan dan pengalaman manis yang pasti anda tak boleh lupakan.

4. Jet Ski Thrilling Experience with Paradise 101

Satu lagi sukan kenderaan air yang pastinya mengujakan percutian anda. Anda boleh bermain jet ski di salah satu ‘private island’ di Langkawi yang di panggil Paradise 101. Samaada anda naik seorang jet ski ini ataupun bersama pasangan, anda boleh bawa untuk keliling ‘private island’ Paradise 101 ini.

Aktiviti ini memang romantik jika dilakukan bersama pasangan anda. Bagi yang datang bersama keluarga ataupun sahabat, sudah tentu ianya menjadi aktiviti percutian yang sangat ‘best’.

5. Go-Kart Experience at Morac Adventure Park

Salah satu lagi aktiviti adventure yang anda boleh lakukan di Langkawi ini ialah dengan mencuba memandu go-kart di Morac Adventure Park. Latarnya sepanjang 1.3 kilometer merupakan antara track yang mendapat ‘certified’ daripada Sodi World Series (SWS).

Go-Kart yang digunakan adalah dari jenis Sodi R4 yang dibuat di Perancis yang boleh mencapai sehingga kelajuan 60 km/j. Anda boleh mengambil pakej samaada memandu secara solo untuk beberapa pusingan ataupun pakej berlumba secara berkumpulan. Yang menarik lagi, terdapat skrin pada garisan penamat yang akan memaparkan masa yang di ambil oleh anda setiap kali melepasi pusingan

Litar ini dibuka dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Jadi jika anda tidak suka terik sinaran matahari pada waktu siang maka anda boleh mencuba memandu gokart ini padawaktu malam.

6. Langkawi Parasailing Sensation Adventure

Aktiviti parasailing ni memang menarik jika bersama sahabat dan ahli keluarga. Tetapi setiap kali ‘terbang’, jumlah maksimum hanya 3 orang sahaja. Aktiviti Parasailing ini juga dilakukan di pantai ‘private island’ di Langkawi iaitu Paradise 101.

Dengan mengikuti aktiviti parasailing ini, anda umpama burung yang terbang di udara sambil melihat panorama di bawah. Memang tak rugi jika anda mencuba aktiviti ini di Langkawi.

Semua aktiviti-aktiviti adventure di atas boleh dilakukan semasa anda bercuti di Langkawi. Pastikan anda membawa barang keperluan seperti tuala kecil dan juga air mineral/botol untuk menghilangkan rasa haus terutamanya aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga serta aktiviti yang dilakukan pada waktu sinar matahari yang terik.

Jangan lupa untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan di tempat-tempat berkenaan. Selamat bercuti dan jangan lupa bila pulang nanti bawa ole-ole tau.

Bagi anda yang ingin mencari tempat penginapan atau hotel di Langkawi, bolehlah untuk klik pada link ini –> Cari Penginapan.

Kami di CutiJom.com akan membantu anda dalam membandingkan harga penginapan hotel dan penginapan di setitar Pulau Langkawi ini.