Hotel Menarik & Terbaik Di Port Dickson

Port Dickson merupakan antara tempat yang sentiasa menjadi tumpuan ketika hujung minggu dan cuti sekolah. Tempat ini menjadi tumpuan terutamanya warga Lembah Klang untuk mereka bercuti samaada bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini kerana Port Dickson tidak jauh dari Lembah Klang dan hanya mengambil masa sejam-dua dari Kuala Lumpur untuk ke sampai ke Port Dickson

Dengan pantainya yang indah dan sesuai untuk berkelah dan mandi-manda menjadikan Port Dickson antara tempat menarik untuk anda rileks kan minda serta bersantai-santai. Pelbagai tempat makan, restoran dan pusat rekreasi yang terdapat di kawasan Port Dickson ini khas untuk pelancong-pelancong.

Dengan jumlah pelancong yang ramai maka tidak hairanlah terdapat pelbagai hotel daripada hotel backpackers hinggalah ke hotel mewah yang di bina di sepanjang pantai Port Dickson ini. Kami di CutiJom akan tunjukkan kepada anda senarai hotel menarik yang terdapat di Port Dickson serta bantu anda bandingkan harga penginapan untuk hotel berkenaan.

1) Lexis Hibiscus

Daripada nama saja kita tahu bahawa ia ada kena mengena dengan bunga raya atau ‘hibiscus’. Ya memang betul kerana villa-villanya terletak di atas air dan kedudukan villa-villa ini disusun dalam bentuk bunga raya. Antara hotel yang sering kali penuh setiap kali cuti hujung minggu mahupun cuti sekolah

Terdapat pelbagai jenis villa ditawarkan daripada ‘Executive Pool Villa’ sehinggalah ke ‘Presidential Suite’ untuk anda pilih. Yang menariknya di dalam setiap unit villa terdapat ‘private pool’ dan sauna. Jadi semestinya anda mendapatkan suasana lebih privasi bersama pasangan mahupun keluarga anda.

Ruang bilik yang luas
Sauna dan ‘private pool’

Terdapat juga pelbagai kemudahan lain samaada indoor seperti ‘gym’, spa, karaoke, ‘kidz world’ dan juga ‘outdoor’ seperti aktiviti berbasikal, ‘segway’, memanah, ‘Water JPark’, ‘Cruise’ dan macam-macam akitiviti lagi. Pendek kata percutian di Lexis Hibiscus ini pasti akan memuaskan hati anda.

Lokasi: Batu 12, Jalan Pantai 71250 Port Dickson

2) Grand Lexis

Berinspirasikan villa konsep Bali, hotel Grand Lexis ni juga merupakan antara tempat yang anda boleh jadikan pilihan utama untuk menginap ketika bercuti di Port Dickson. Terdapat 317 villa yang disediakan samaada dari kawasan ‘water homes’, ‘garden chalets’ ataupun ‘sky pool villas’.

Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti indoor & outdoor yang anda boleh lakukan bersama pasangan, keluarga ataupun dengan sahabat anda. Bagi yang malas nak keluar bilik itu, boleh saja mandi di private pool yang terdapat di dalam bilik anda.

Private Pool
Ruangan bilik yang luas dengan pemandangan laut

Selain itu terdapat 4 restoran/cafe yang terdapat di sini untuk anda lepak & makan/minum. Juga terdapat kemudahan gym & bilik karaoke untuk anda menunjukkan bakat suara terpendam anda :).

Lokasi: Batu 2, Jalan Seremban 71250 Port Dickson

3) Tasik Villa International Resort

Bosan dengan pantai? Ok takpe jom beralih ke tasik pula :). Hotel Resort ini bertaraf 5 bintang dan terletak di Kota Lukut, Port Dickson. Hotel ini mempunyai 66 unit water chalet dengan pemandangan tasik dan juga 78 unit villa yang mempunyai kolam mandi persendirian. Jadi aktiviti mandi berenang anda lebih privasi kepada keluarga anda.

Resort ini juga terdapat pelbagai kemudahan indoor dan outdoor untuk kegunaan pengunjung yang datang menginap.

Chalet Honeymoon
Private Pool

Lokasi: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut 71010 Port Dickson

4) Villea Port Dickson

Hotel ini sebelum ini dikenali sebagai PNB Ilham dan kini telah bertukar pemilik kepada Villea Port Dickson. Bagi anda yang datang bersama keluarga amat sesuai untuk menginap di hotel ini kerana kerana terdapat apartment 2 bilik dan 3 bilik yang dekat dengan kolam renang. Laluan ke pantai juga dekat untuk anda yang ingin mandi laut atau membuat aktiviti di persisir pantai.

Ruangan bagi ruang tamu yang luas memang amat sesuai untuk anda datang bersama keluarga yang ramai ataupun bersama kawan-kawan anda.

Lokasi: Batu 10, Tanjung Biru 71050 Port Dickson

5) Akar Beach Resort

Akar Beach Resort ini terletak betul-betul di persisir pantai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk penginap yang datang ke sini. Resort ini memang sesuai untuk anda datang bercuti samaada bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda.

Dengan kolam renang yang luas serta bilik-bilik yang kebanyakan mempunyai berandah untuk anda menikmati keindahan pemandangan laut. Angin laut yang bertiup juga membuatkan anda memang mudah terbuai :).

Ruangan bilik yang luas serta pemandangan terus menghadap ke laut pastinya membantu anda dalam hilangkan ‘stress’ bekerja serta hiruk pikuk kota.

Lokasi: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson

6) Avillion Port Dickson

Jika anda inginkan resort yang konsepnya berasaskan tradisional melayu, anda perlu memilih resort ini. Anda boleh memilih samaada inginkan chalet/villa di atas air ataupun bilik/chalet yang terletak berhampiran pantai. Dengan ruangan chalet/villa/bilik yang luas serta pemandangan Laut Selat Melaka yang menakjubkan pasti dapat melegakan minda anda.

Bagi anda yang kaki pancing, jom lepaskan gian anda untuk memancing samaada di balkoni bilik anda ataupun di susur jalan di sepanjang resort ini. Sambil-sambil santai duduk di kerusi malas dengan secawan kopi di sebelah dan tangan memegang joran menarik tali pancing dengan pemandangan laut yang cantik…perghhh 🙂

Lokasi: Batu 3, Jalan Pantai 71000 Port Dickson

7) Thistle Port Dickson Resort

Bagi anda yang memang suka berenang, jom ke hotel ini kerana ia mempunyai kolam renang yang tersangat luas. Resort ini mempunyai sebanyak 251 buah bilik yang tersedia untuk pelawat.

Kolam Renang Yang Luas

Terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan serta pemandangan hotel menghadap laut Selat Melaka pasti menggembirakan lagi suasana percutian anda samaada bersama yang tersayang, ahli keluarga ataupun bersama rakan-rakan.

Presidential Suite

Resort ini juga mempunyai SWAT camp yang diiktiraf dan sesuai untuk acara team building. Jadi bagi anda yang bekerja tu, apa kata sarankan majikan anda untuk lakukan aktiviti team building di sini :).

Pelbagai aktiviti pantai & laut juga boleh dilakukan di sini disamping mandi-manda seperti ‘jetski’, ‘donut ride’, ‘banana boat’, ‘great marble ride’ dan pelbagai aktiviti lain lagi. Untuk aktiviti indoor pula terdapat table pool, spa, movie room, arcade games room, lego room dan lain-lain. Jadi jika anda bercuti selama 1 malam di resort ini, pastinya tak cukup 🙂

Lokasi: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang Si-Rusa 71050 Port Dickson

Terdapat banyak lagi Hotel & Resort yang terdapat di Port Dickson untuk anda bercuti. Ianya pilihan anda untuk memilih tempat penginapan samaada anda pergi bercuti sendiri, bersama pasangan, keluarga ataupun rakan-rakan.

Bagi anda yang ingin mencari hotel-hotel lain selain di atas, kami di CutiJom akan bantu anda bandingkan harga-harga penginapan daripada laman-laman web tempahan hotel untuk anda dapatkan harga yang terbaik. Anda boleh masukkan pilihan destinasi atau nama hotel serta tarikh untuk bercuti nanti di bawah ini